Saturday, July 30, 2005

Ke Taman Labrador

Hari ini, saya telah ke Taman Labrador. Saya pergi ke sana setiap minggu. Walaupun saya ke sana setiap minggu, taman itu amat menarik. Di situ ada tempat yang ada ' machine gun bunker' dari Perang Dunia 2. Saya ke sana pada pukul 7 pagi.
Saya ke sana apabila saya sudah solat subuh. Saya tidak mahu ke sana kerana saya masih ngantuk.Saya suka melumba dengan abang saya menaiki skooter. Selaepas bermain skooter, saya bermain dengan adik saya mengorek lubang di pasir semasa ibu bapa saya baca suratkahabar. Selepas bersarapan,kita pun pulang ke rumah.


Saturday, July 23, 2005

Ke Johor Bahru

Semalam, keluarga saya dan saya telah pergi ke Johor Bahru. Kita hendak pergi ke Johor pada pukul lapan malam tetapi kita sampai Malaysia pada pukul sembilan suku. Itu kerana banyak motosikal di Tuas. Saya terlihat seorang yang menaiki motosikal menegeluarkan surat khabar untuk membaca semasa saya di dalam kereta. Apabila kita tiba di Malaysia, sudah lambat. Kita hanya ke kedai Giant kerana hari sudah gelap-gelita

Sunday, July 17, 2005

Keputusan peperiksaan madrasah

Pada dua minggu lepas, saya telah mendapat buku rekod madrasah. Saya sangat gembira kerana saya telah mendapat nombor satu dalam kelas saya. Ini kali pertama saya mendapat nombor satu Pada masa itu,kepala saya pening. Apabila bila di madrasah bila saya baru ambil buku rekod saya, saya berasa riang sangat. Markah saya ialah 30 \ 30 untuk bahasa arab, 30 \ 30 untuk jawi, 20\20 untuk I'qraq 60 \ 60 untuk tauhid \ fikah. Subjek yang saya tidak mendapat markah penuh ialah akhlak \ sirah yang saya mendapat 57 \ 60. Jumlah markah ialah 197 \ 200. Saya akan mencuba mendapat markah penuh pada peperiksaan yang menanti.

Saturday, July 16, 2005

keputusan perlarian sekolah

Minggu lepas, bila abang saya berlari untuk sekolahnya, dia tidak mendapat numbor satu, dua a,tiga atau empat untuk perlumbaannya tetapi di akan mendapat piala minggu hadapan kerana memasuki perlumbaan itu. Ada juga budak lain yang memasuki perlumbaan itu seeperti budak-budak darjah empat seeperti Shamir. Dia mendapat numbor empat dalam perlumbaan seratus meter .

Saturday, July 09, 2005

Reflections at Bukit Candu


... playing with the mortar

..yea, the boys salute

Friday, July 08, 2005

Semasa di dalam Bas

Minggu lepas, abang saya, Khairul Nizam, telah memasuki perlumbaan di Bishan Stadium.
Saya tidak boleh ikut kerana saya di sekolah sedang belajar.
Banyak sekolah telah mengambil bahagian dalam perlumbaan itu.
Abang saya telah terpilih untuk mewakili sekolah untuk bertanding dalam perlumbaan 4x100m .
Abang saya kata semasa di dalam bas ke Bishan Stadium, dia dan kawan-kawan nya sangat bising dan lucu.
Dia dan kawan-kawan nya bermain sebuah permainan yang di namakan Counter Strike.
Permainan itu sepatutnya permainan komputer yang menggunakan senapang dan tembak.
Dia menceritakan karenah kawan-kawannya yang sangat lucu.
Abang saya turut mengambil gambar mereka di dalam bas.

Wednesday, July 06, 2005

Visit Singapore Zoo


..with Hambali Posted by Picasa

...me & my bros Posted by Picasa

Sunday, July 03, 2005

My Stay At Fahmi's House

During the last two days of the June holiday, I get to stay over at my cousin's house.
My cousins's name is Fahmi. He's very fun.
Another of my cousin who is also staying over is Akmal.
He always bring the fun stuff.
During the stay, he brought his toy light saber. He brought three of them.
Fahmi had a PlayStation2 which makes our stay very fun. We played for at least five hours.
While we waited for our turn , we played with Akmal's light saber hitting each other.
During bedtime, we made a tent out of the blankets and beds.
Unfortunately, Akmal and Fahmi's brother, Farhan fought and pulled down the tent .
We slept at about 6 a.m in the morning.

Thursday, June 23, 2005

Beberapa Hari Lagi Sebelum Sekolah Buka

Minggu ini ialah minggu terakhir untuk percutian sekolah tengah tahun.
Keluarga saya tidak pergi ke luar negara kecuali ayah saya yang pergi ke Kazakhstan.
Walaupun keluarga saya tidak ke negara lain, kita telah pergi ke tempat-tempat yang menarik di negara saya, Singapura.
Saya telah pergi ke pantai, taman haiwan, 'HSBC treetop walk' dan sebagainya.
Di taman haiwan ada banyak permainan yang boleh dimainkan. Ada pelbagai hiawan yang boleh dilihat seperti 'white Tiger', zirafah, orang untan dan sebagainya.
Di 'HSBC treetop walk' kita harus jalan tiga kilometer untuk ke sana.



Monday, June 13, 2005

Ulasan buku:Pengakuannya Diterima

Pada masa dahulu, ada seorang pemikul barang yang tinggal di kota Kufah.
Pemikul barang itu dikenali ramai orang.
Kerjanya membawa barang kepunyaan orang ke mana sahaja pemilik barang itu mahu.

Pada suatu hari, pemikul barang itu hendak ke suatu tempat dan dia berjumpa dengan seorang lelaki di dalam perjalanannya.
Dia bertanya kepada pemikul barang mana dia hendak pergi.
Orang lelaki itu berkata dia hendak pergi ke tempat yang sama juga.
Dia juga bertanya kalau dia boleh menaiki keldai pemikul barang untuk satu dinar.
Pemikul barang setuju. Orang lelaki itu mengajak pemikul barang itu ke jalan pintas.

Rupanya lelaki itu adalah seorang perompak.
Dia mahu membunuh pemikul barang itu dan mengambil barangnya.
Pemikul barang sempat bersolat dan seorang lelaki menunggang kuda datang dan membunuh perompak. Pemikul barang itu selamat.

Friday, June 10, 2005

Ulasan Buku: Ayam Bertelurkan Emas

Pada zaman dahulu di sebuah kampung bernama Kampung Hutan Melintang, ada seorang anak muda bernama Kasturi.
Dia tinggal bersama ibunya yang bernama Mak Intan. Mereka sangat miskin.
Mak Intan mengambil upah menyemat atap. Kasturi tidak berkerja.
Kasturi hanya bermain gasing tiap-tiap hari.
Kasturi selalu menang tepi dia tidak mendapat hasil.

Selepas bermain, dia pulang untuk makan.
Selepas makan, dia pergi main gasing lagi.

Mak Intan berkata kepada Kasturi untuk mencari kerja.
Sudah dua hari tetapi dia tidak mendapat kerja.
Orang -orang kaya berkata dia hanya tahu main gasing dan tidak tahu buat kerja.

Pada hari ketiga, dia mendapat kerja di rumah seorang kaya yang bernama Maulana Muhammad.
Selepas beberapa hari Kasturi bekerja untuk Maulana Muhammad, dia memberi Kasturi hadiah ayam. Ayam itu ditukar dengan ayam Orang Kaya Muluk.

Esoknya, dia tidak dapat apa hasil pun.
Dia pun menukar ayamnya lagi dengan Orang Kaya Muluk.
Hari kemudiannya, ayam itu bertelur emas.
Kemudian , Kasturi berkahwin dengan anak gadis Maulana Muhammad, Siti Zubaidah.

Wednesday, June 08, 2005

Ulasan Buku:Tuah Merbuk Emas


Pada Zaman dahulu, ada seorang budak bernama Lanang. Dia tinggal di sebuah kampung bernama Kampung Merbuk. Kampung itu dinamakan bergitu kerana ada banyak burung merbuk mendayu-dayu di atas pokok di sekeliling kampung itu.

Ibu dan bapa Lanang sudah meninggal dunia. Sekarang Lanang tinggal sendirian. Hasil-hasil yang ditinggalkan oleh ibu dan bapanya ialah seekor burung merbuk dan sebilah parang leper.

Nama burung merbuk itu ialah Merbuk Emas kerana suara burung merbuknya sangat merdu. Sisiknya empat puluh empat. Kerja Lanang ialah memikat burung merbuk dengan menggunakan Merbuk Emas sebagai denak. Selepas menangkap burung merbuk, dia akan menjualnya untuk mendapat duit.

Suatu hari, sekumpulan orang lelaki cuba bawa lari anak gadis penghulung kampung, Siti Balkis. Lanang menakutkan kumpulan orang lelaki itu dengan parang lepernya dan kumpulan lelaki itu lari ke hutan. Penghulung kampung hadiahkan Lanang dengan kahwinkan Siti balkis dengan Lanang tetapi Lanang menolak apa yang diberi.

Pada malam itu, Lanang pergi ke hutan untuk menangkap burung merbuk. Dia menangkap tiga burung merbuk pada malam itu. Apabila dia tiba di rumahnya, dia melihat rumahnya sudah terbakar. Hari kemudian, dia pergi ke Kampung Merbau Tinggi .

Ada banyak orang di rumah penghulu kerana ada suatu peraduan silat dan siapa menang pertandingan itu akan dikahwinkan dengan anak gadisnya , Seri Wangi. Lanang menang pertandingan itu tetapi dia tidak mahu berkahwin dengan Seri Wangi.

Bila dia di situ, negeri Cahaya Bulan kelihatan bersedih kerana raja negeri mereka kalah bertanding suara burung merbuk dan negeri mereka tergadai kepada Raja Mambang Sakti. Tapi Merbuk Emas menang Raja Mambang Sakti dan Lanang dikahwinkan dengan Puteri Bintang Kejora.

Monday, June 06, 2005

Peperiksaan Madrasah

Peperiksaan madrasah Zulfa selalu senang. Tetapi, saya salah.
Peperiksaan tahun ini lebah susah daripada yang lalu.
Peperiksaan subjek bahasa arab tahun ini juga senang.
IQRA ialah subjek yang paling senang dan jaga senang.
Jawi sangat susah.
Subjek- subjek yang paling susah ialah akhlak,tauhid, fikah dan sirah.
Akhlak tidak susah sangat tetapi tauhid, fikah dan sirah susah.
Saya takut mendapat markahnya.

Markah Peperiksaan

Saya sangat gembira dengan markah peperiksaan saya.
Ibu saya juga sangat gembira.
Kertas matematik saya sangat senang.
Saya mendapat markah sembilan puluh lima dari seratus.
Kertas inggeris juga senang tetapi saya tidak mengingati markahnya kerana sudah lama saya tidak melihat buku rekod saya.
Kertas melayu saya pun senang dan saya juga sudah lupa markahnya.
Kertas sains saya susah tetapi saya mendapat sembilan puluh dua dari seratus. Jumlah markah saya mencampur SA1 dan CA1 saya ialah dua ratus enam puluh setengah dari tiga ratus.

Tuesday, May 17, 2005

Berkelah ke Desaru Golden Beach Resort

Pada hari Sabtu yang lalu, saya dan keluarga saya telah pergi ke Desaru Golden Beach Resort.
Sebelum saya dan keluarga saya tiba di sana, kami ke musium nelayan. Apabila kita sampai, musium itu belum siap.
Saya berada di sana selama dua hari satu malam.
Ada banyak benda yang orang boleh lakukan seperti 'jet ski', barang-barang permainan seperti badminton dan sebagainya.
Saya hanya pergi ke kolam berenang dan ke pantai.
Saya memakan tiga keping pancake dan minum segelas jus mangga untuk sarapan. Kita pergi ke tempat-tempat yang menarik sebelum kami pulang ke Singapura.

Saturday, May 07, 2005

PEPERIKSAAN!

Peperiksaan saya sudah bermula!
Saya tidak suka peperiksaan kerana membuat saya takut gagal peperiksaan saya.
Pada kertas CA1 tahun ini, saya telah mendapat markah yang rendah.
Itu kerana saya takut untuk menduduki kertas SA1 saya.
Peperiksaan oral dan karangan bahasa melayu dan inggeris saya sudah tamat.
Peperiksaan 'listening comprehension' bahasa melayu dan inggeris juga sudah tamat.
Sekarang, tinggal kertas sains , inggeris dan bahasa melayu sahaja.

Sunday, May 01, 2005

Program Ilmiah

Minggu lepas, kelas madrasah saya di Zulfa mengadakan sebuah program ilmiah. Saya memasuki pertandingan charade.

Charade ialah melakonkan sesuatu benda seperti bermain badminton, bola sepak dan sebagainya. Ada beberapa lagi pertandingan seperti quiz, hafalan surah,bercerita tentang nabi-nabi seperti Nabi Muhammad.

Dalam pertandingan charade, kumpulan saya mendapat nombor satu dalam pertandingan itu. Setiap orang dalam kumpulan saya mendapat buku pendaftaran sebagai hadiah.

Saturday, April 16, 2005

Permainan saya gemari

Permainan saya gemari dinamakan 'Monopoly'. Permainan ini dibuat oleh 'Parker Brothers'. Permainan ini dibeli oleh ayah saya untuk hari jadi saya. Tarikh hari jadi saya ialah 15 Februari.

Saya gemar bermain permainan komputer juga. Permainan komputer yang saya selalu main dinamakan 'RuneScape'. Kita boleh membeli barang-barang untuk berlawan dengan orang-orang lain. 'RuneScape' ialah permainan internet.