Saturday, March 12, 2005

Cerita: Satu Perlumbaan

Pada suatu hari di sebuah hutan, ada suatu perlumbaan.
Perlumbaan itu berlaku sekali setahun. Perlumbanya ialah arnab, zirafah, cheetah, burung unta dan kura-kura. Mereka ketawa kerana kura-kura mahu berlumba bersama mereka.

Mereka berkata, "Kura-kura pasti kalah!".

Kura-Kura berasa marah. Dia berkata kepada mereka, "Saya memang lambat, tetapi saya selalu berusaha!".

Perlumbaan itu sudah bermula. Semua haiwan sudah jauh depan daripada kura-kura. Itu tidak merisaukan kura-kura. Kura-kura tahu satu jalan cepat yang semua haiwan tidak tahu.
Cheetah di depan mereka semua. Dia tidak nampak ada sebatang pokok di depannya.
"CRASH!".
"Aduh!" cheetah menjerit kesakitan. Sekarang, burung unta berada di depan.

Zirafah sudah lapar dan mahu makan daun. Dia ternampak sebatang pokok penuh dengan daun. Dia makan sampai dia terkenyang. Dia hendak mula berlari lagi tetapi dia tidak boleh kerana perutnya sudah penuh.
"Alamak"! katanya.


Sekarang arnab tersesat di dalam hutan. Dia tidak tahu arah mana dia hendak jalan.
"Kemana saya nak pergi"? katanya.

Sekarang, kura-kura sudah berada di barisan penamat.
Pengadilnya ternampak kura-kura, "Ahh, kura-kura! Awak adalah pemenang tahun ini"!

No comments: