Thursday, June 23, 2005

Beberapa Hari Lagi Sebelum Sekolah Buka

Minggu ini ialah minggu terakhir untuk percutian sekolah tengah tahun.
Keluarga saya tidak pergi ke luar negara kecuali ayah saya yang pergi ke Kazakhstan.
Walaupun keluarga saya tidak ke negara lain, kita telah pergi ke tempat-tempat yang menarik di negara saya, Singapura.
Saya telah pergi ke pantai, taman haiwan, 'HSBC treetop walk' dan sebagainya.
Di taman haiwan ada banyak permainan yang boleh dimainkan. Ada pelbagai hiawan yang boleh dilihat seperti 'white Tiger', zirafah, orang untan dan sebagainya.
Di 'HSBC treetop walk' kita harus jalan tiga kilometer untuk ke sana.



Monday, June 13, 2005

Ulasan buku:Pengakuannya Diterima

Pada masa dahulu, ada seorang pemikul barang yang tinggal di kota Kufah.
Pemikul barang itu dikenali ramai orang.
Kerjanya membawa barang kepunyaan orang ke mana sahaja pemilik barang itu mahu.

Pada suatu hari, pemikul barang itu hendak ke suatu tempat dan dia berjumpa dengan seorang lelaki di dalam perjalanannya.
Dia bertanya kepada pemikul barang mana dia hendak pergi.
Orang lelaki itu berkata dia hendak pergi ke tempat yang sama juga.
Dia juga bertanya kalau dia boleh menaiki keldai pemikul barang untuk satu dinar.
Pemikul barang setuju. Orang lelaki itu mengajak pemikul barang itu ke jalan pintas.

Rupanya lelaki itu adalah seorang perompak.
Dia mahu membunuh pemikul barang itu dan mengambil barangnya.
Pemikul barang sempat bersolat dan seorang lelaki menunggang kuda datang dan membunuh perompak. Pemikul barang itu selamat.

Friday, June 10, 2005

Ulasan Buku: Ayam Bertelurkan Emas

Pada zaman dahulu di sebuah kampung bernama Kampung Hutan Melintang, ada seorang anak muda bernama Kasturi.
Dia tinggal bersama ibunya yang bernama Mak Intan. Mereka sangat miskin.
Mak Intan mengambil upah menyemat atap. Kasturi tidak berkerja.
Kasturi hanya bermain gasing tiap-tiap hari.
Kasturi selalu menang tepi dia tidak mendapat hasil.

Selepas bermain, dia pulang untuk makan.
Selepas makan, dia pergi main gasing lagi.

Mak Intan berkata kepada Kasturi untuk mencari kerja.
Sudah dua hari tetapi dia tidak mendapat kerja.
Orang -orang kaya berkata dia hanya tahu main gasing dan tidak tahu buat kerja.

Pada hari ketiga, dia mendapat kerja di rumah seorang kaya yang bernama Maulana Muhammad.
Selepas beberapa hari Kasturi bekerja untuk Maulana Muhammad, dia memberi Kasturi hadiah ayam. Ayam itu ditukar dengan ayam Orang Kaya Muluk.

Esoknya, dia tidak dapat apa hasil pun.
Dia pun menukar ayamnya lagi dengan Orang Kaya Muluk.
Hari kemudiannya, ayam itu bertelur emas.
Kemudian , Kasturi berkahwin dengan anak gadis Maulana Muhammad, Siti Zubaidah.

Wednesday, June 08, 2005

Ulasan Buku:Tuah Merbuk Emas


Pada Zaman dahulu, ada seorang budak bernama Lanang. Dia tinggal di sebuah kampung bernama Kampung Merbuk. Kampung itu dinamakan bergitu kerana ada banyak burung merbuk mendayu-dayu di atas pokok di sekeliling kampung itu.

Ibu dan bapa Lanang sudah meninggal dunia. Sekarang Lanang tinggal sendirian. Hasil-hasil yang ditinggalkan oleh ibu dan bapanya ialah seekor burung merbuk dan sebilah parang leper.

Nama burung merbuk itu ialah Merbuk Emas kerana suara burung merbuknya sangat merdu. Sisiknya empat puluh empat. Kerja Lanang ialah memikat burung merbuk dengan menggunakan Merbuk Emas sebagai denak. Selepas menangkap burung merbuk, dia akan menjualnya untuk mendapat duit.

Suatu hari, sekumpulan orang lelaki cuba bawa lari anak gadis penghulung kampung, Siti Balkis. Lanang menakutkan kumpulan orang lelaki itu dengan parang lepernya dan kumpulan lelaki itu lari ke hutan. Penghulung kampung hadiahkan Lanang dengan kahwinkan Siti balkis dengan Lanang tetapi Lanang menolak apa yang diberi.

Pada malam itu, Lanang pergi ke hutan untuk menangkap burung merbuk. Dia menangkap tiga burung merbuk pada malam itu. Apabila dia tiba di rumahnya, dia melihat rumahnya sudah terbakar. Hari kemudian, dia pergi ke Kampung Merbau Tinggi .

Ada banyak orang di rumah penghulu kerana ada suatu peraduan silat dan siapa menang pertandingan itu akan dikahwinkan dengan anak gadisnya , Seri Wangi. Lanang menang pertandingan itu tetapi dia tidak mahu berkahwin dengan Seri Wangi.

Bila dia di situ, negeri Cahaya Bulan kelihatan bersedih kerana raja negeri mereka kalah bertanding suara burung merbuk dan negeri mereka tergadai kepada Raja Mambang Sakti. Tapi Merbuk Emas menang Raja Mambang Sakti dan Lanang dikahwinkan dengan Puteri Bintang Kejora.

Monday, June 06, 2005

Peperiksaan Madrasah

Peperiksaan madrasah Zulfa selalu senang. Tetapi, saya salah.
Peperiksaan tahun ini lebah susah daripada yang lalu.
Peperiksaan subjek bahasa arab tahun ini juga senang.
IQRA ialah subjek yang paling senang dan jaga senang.
Jawi sangat susah.
Subjek- subjek yang paling susah ialah akhlak,tauhid, fikah dan sirah.
Akhlak tidak susah sangat tetapi tauhid, fikah dan sirah susah.
Saya takut mendapat markahnya.

Markah Peperiksaan

Saya sangat gembira dengan markah peperiksaan saya.
Ibu saya juga sangat gembira.
Kertas matematik saya sangat senang.
Saya mendapat markah sembilan puluh lima dari seratus.
Kertas inggeris juga senang tetapi saya tidak mengingati markahnya kerana sudah lama saya tidak melihat buku rekod saya.
Kertas melayu saya pun senang dan saya juga sudah lupa markahnya.
Kertas sains saya susah tetapi saya mendapat sembilan puluh dua dari seratus. Jumlah markah saya mencampur SA1 dan CA1 saya ialah dua ratus enam puluh setengah dari tiga ratus.