Wednesday, June 08, 2005
Ulasan Buku:Tuah Merbuk Emas
Pada Zaman dahulu, ada seorang budak bernama Lanang. Dia tinggal di sebuah kampung bernama Kampung Merbuk. Kampung itu dinamakan bergitu kerana ada banyak burung merbuk mendayu-dayu di atas pokok di sekeliling kampung itu.
Ibu dan bapa Lanang sudah meninggal dunia. Sekarang Lanang tinggal sendirian. Hasil-hasil yang ditinggalkan oleh ibu dan bapanya ialah seekor burung merbuk dan sebilah parang leper.
Nama burung merbuk itu ialah Merbuk Emas kerana suara burung merbuknya sangat merdu. Sisiknya empat puluh empat. Kerja Lanang ialah memikat burung merbuk dengan menggunakan Merbuk Emas sebagai denak. Selepas menangkap burung merbuk, dia akan menjualnya untuk mendapat duit.
Suatu hari, sekumpulan orang lelaki cuba bawa lari anak gadis penghulung kampung, Siti Balkis. Lanang menakutkan kumpulan orang lelaki itu dengan parang lepernya dan kumpulan lelaki itu lari ke hutan. Penghulung kampung hadiahkan Lanang dengan kahwinkan Siti balkis dengan Lanang tetapi Lanang menolak apa yang diberi.
Pada malam itu, Lanang pergi ke hutan untuk menangkap burung merbuk. Dia menangkap tiga burung merbuk pada malam itu. Apabila dia tiba di rumahnya, dia melihat rumahnya sudah terbakar. Hari kemudian, dia pergi ke Kampung Merbau Tinggi .
Ada banyak orang di rumah penghulu kerana ada suatu peraduan silat dan siapa menang pertandingan itu akan dikahwinkan dengan anak gadisnya , Seri Wangi. Lanang menang pertandingan itu tetapi dia tidak mahu berkahwin dengan Seri Wangi.
Bila dia di situ, negeri Cahaya Bulan kelihatan bersedih kerana raja negeri mereka kalah bertanding suara burung merbuk dan negeri mereka tergadai kepada Raja Mambang Sakti. Tapi Merbuk Emas menang Raja Mambang Sakti dan Lanang dikahwinkan dengan Puteri Bintang Kejora.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment